Couple
- Hukum bercouple/berpasang-pasangan sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi tetapi meniru gaya barat.
Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
Dop payoh/sukar nikoh ni, bende yang mudoh.
Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki" Tapi perempuan yg baik akan membuka "hati lelaki".
Bercouple dengan Bercinta adalah berbeza.
"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah.
Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.
Kahwin
- Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll) HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.
Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayah dia sekali.
Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
p/s : Dipetik dari UAI.. Sekadar utk berkongsi dan utk peringatan diri sendiri.. :)